Monday, September 6, 2010

♥♥ Andai Aku Laksana Bulan ♥♥

Andai aku laksana bulan..
Kau..
Kau adalah kau..
Yang sentiasa menanti malam..
Kerana ingin memandangku dalam-dalam..

Andai aku laksana bulan..
Kau..
Kau adalah kau..
Yang sentiasa memandang ke langit malam..
Memandangku untuk mencari ketenangan..

Andai aku laksana bulan..
Kau..
Kau adalah kau..
Yang menanti bulan jatuh ke riba..
Tapi itu hanyalah peribahasa..

Andai aku laksana bulan..
Kau..
Kau adalah kau..
Yang senantiasa ditemani aku..
Sepanjang malammu..

Andai aku laksana bulan..
Kau..
Kau adalah kau..
Jadilah dirimu yang ku idam..
Akanku terangimu setiap malam..
Sepanjang hayatku…

1 comment: